Salam penyambung selera,

Abang Chaq 013 478 3121

Terma dan Syarat




Terma
  •  Mangkuk Tingkat Abang Chaq bermaksud program khidmat penyediaan sajian makanan yang diuruskan penghantaran oleh Mangkuk Tingkat Abang Chaq.
  • Mangkuk Tingkat bermaksud bekas makanan yang dibuat dari besi keluli yang digunakan untuk mengisi sajian yang disediakan oleh Mangkuk Tingkat Abang Chaq.
  • Penghantaran bermaksud perkhidmatan menghantar sajian makanan yang disediakan oleh Mangkuk Tingkat Abang Chaq. dalam tempoh yang telah ditetapkan.
  • Pelanggan bermaksud orang yang membayar untuk mendapatkan sajian dari Mangkuk Tingkat Abang Chaq

Syarat
  • Langganan hanya berbentuk bulanan iaitu dari hari Isnin hingga Jumaat sahaja
  • Deposit sebanyak lima hari dikenakan pada awal bulan pertama tempahan. Deposit akan dikembalikan sekiranya perkhidmatan Mangkuk Tingkat Abang Chaq ditamatkan pada penghujung bulan dengan notis penamatan.
  • Perkhidmatan akan ditamatkan serta- merta jika pada hari kelima bulan berikutnya  tiada bayaran menyambung perkhidmatan dijelaskan. Jika ini terjadi deposit tidak akan dikembalikan.  
  •  Tiada perkhidmatan hari Sabtu dan Ahad serta cuti umum. (kecuali atas permintaan 3 hari sebelum tarikh)
  •  Menu sajian ditetapkan oleh pihak Mangkuk Tingkat Abang Chaq. tertakluk kepada pindaan dari masa kesemasa.
  • Mangkuk Tingkat Abang Chaq berhak menukar menu sajian disaat akhir tanpa memberi notis kepada pelanggan.
  • Kebiasaannya Penghantaran sajian adalah seperti berikut (tertakluk kepada perubahan semasa jika perlu):
     
  •  Penghantaran Sajian Tengahari – 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari
  • ·Penghantaran Sajian Makan Malam- (Diatas permintaan)
  • Tiada pembatalan dibenarkan untuk tempahan yang telah dibuat. Akan tetapi perubahan tarikh untuk penghantaran sajian (penangguhan) boleh dilakukan sekiranya dilakukan mengikut prosedur yang telah diberi.(notis 3 hari).
  • Pelanggan hanya dibenarkan membuat penangguhan hidangan yang telah ditempah kepada bulan berikutnya, dengan syarat penangguhan tersebut hendaklah dibuat 24 jam sebelum penghantaran, dengan menghubungi 013 4783121. Jika gagal berbuat demikian, penghantaran tersebut akan dikira.
  • Jika terdapat sebarang masalah daripada pihak kami, wang anda akan dikembalikan  iaitu pada hujung bulan berikutnya.